Explore more publications!

1X Memperkenalkan Anjakan Paradigma dalam AI Humanoid: NEO Kini Mula Belajar Secara Kendiri

PALO ALTO, Calif., Jan. 13, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- 1X dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran 1X World Model baharu, satu kemas kini AI terobosan untuk NEO, menandakan lonjakan besar dalam bidang robotik humanoid. NEO kini memperkenalkan 1X World Model baharu yang mampu menukar sebarang permintaan kepada keupayaan AI secara serta‑merta melalui model video yang berasaskan fizik dunia sebenar. Ini menandakan langkah besar pertama ke arah masa depan di mana robot mampu mengajar diri mereka sendiri untuk melakukan segala yang boleh dilakukan oleh manusia.

Kemas kini ini membolehkan NEO memanfaatkan data video berskala internet yang diperhalusi dengan data robot untuk melaksanakan tugas AI, termasuk melibatkan objek dan persekitaran yang belum pernah ditemui. Pendekatan ini memadukan kecerdasan digital dengan realiti fizikal, membolehkan NEO memanfaatkan pengetahuan luas manusia yang dirakam dalam bentuk video.

“Selepas bertahun‑tahun membangunkan World Model dan menjadikan reka bentuk NEO sedekat mungkin dengan manusia, NEO kini mampu belajar daripada video berskala internet dan mengaplikasikan pengetahuan itu secara langsung ke dunia fizikal. Dengan keupayaan untuk menukar sebarang arahan kepada tindakan baharu — walaupun tanpa contoh terdahulu — ini menandakan titik permulaan keupayaan NEO untuk mengajar dirinya menguasai hampir apa sahaja yang boleh anda bayangkan.” 

- Bernt Børnich, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas, 1X

1X World Model Menukar Sebarang Arahan kepada Tindakan Autonomi
Dengan kemas kini ini, pengguna hanya perlu memberikan NEO arahan suara atau teks ringkas dan NEO menggunakan apa yang sedang dilihatnya untuk menjana visualisasi tindakan masa hadapan. Model dinamik songsang terbina dalam kemudian menterjemahkan visualisasi tersebut kepada pergerakan yang tepat bagi membolehkan NEO melaksanakan permintaan tersebut.

“Dengan 1X World Model, anda boleh menukar sebarang arahan kepada tindakan robot yang sepenuhnya autonomi — termasuk tugasan dan objek yang tidak pernah ditemui oleh NEO sebelum ini.”

– Daniel Ho, Penyelidik AI, 1X

Demonstrasi dalam video terkini 1X mempamerkan keupayaan NEO untuk membuat generalisasi yang melangkaui data latihan. Bagi arahan ringkas seperti menyediakan bekal makan tengah hari, NEO mampu memvisualisasi dan melaksanakannya dengan lancar, walaupun berdepan objek yang tidak dikenali. Lebih mengagumkan lagi, NEO mampu mengendalikan tugasan yang benar‑benar baharu, seperti mengoperasikan tempat duduk tandas, membuka pintu gelangsar, menggosok baju, menyikat rambut manusia dan banyak lagi — semuanya tanpa sebarang contoh terdahulu dalam set datanya. Hal ini menyerlahkan pemindahan pengetahuan luas manusia melalui World Model.

Momentum Menuju Robot yang Mampu Belajar Sendiri
Jika sebelum ini model AI tradisional untuk robot humanoid bergantung pada data yang dikumpul oleh pengendali manusia, 1X World Model membolehkan NEO mengumpul datanya sendiri dan menguasai keupayaan baharu secara autonomi. Perubahan paradigma ini membuka peluang kepada robot untuk belajar sendiri pelbagai perkara — sekali gus mempercepatkan usaha ke arah humanoid serba guna yang mampu belajar secara berterusan daripada pengalaman.

Keupayaan AI Humanoid Berkembang Seiring dengan Model Video
Selama ini peningkatan keupayaan AI untuk humanoid sering dibatasi dengan kelajuan pengumpulan data robot oleh pengendali manusia. Namun, 1X World Model bukan sahaja memperbaiki dirinya melalui data yang dikumpul sendiri oleh NEO, malah turut mendapat manfaat daripada kemajuan model video memandangkan teras world model itu sendiri berasaskan model video.

Prestasi Mantap dalam Persekitaran Dinamik dan Tidak Dapat Dijangka
Sejak dahulu, model tradisional sering terbatas oleh perubahan pencahayaan, keadaan bersepah atau suasana huru‑hara yang lazim berlaku di rumah. 1X World Model menerapkan kefahaman seakan manusia untuk menavigasi kepelbagaian melampau, sambil mengekalkan ketenangan ketika berdepan perubahan persekitaran yang pantas. NEO kini berupaya menjana dan melaksanakan tindakan merentasi pelbagai senario — suatu pencapaian pertama seumpamanya dalam bidang humanoid.

Ketahui Lebih Lanjut tentang 1X World Model
Untuk maklumat lanjut, sila layari blog kami atau saksikan video demonstrasi di sini.

Harga dan Ketersediaan
NEO kini tersedia di kedai dalam talian 1X [1x.tech/order] serta ditawarkan dalam tiga warna berbeza: Tan, Kelabu dan Coklat Gelap. Pelanggan yang berminat untuk memiliki salah satu NEO terawal boleh membeli Akses Awal pada harga USD20,000, yang merangkumi penghantaran prioriti pada tahun 2026. Selain itu, model langganan pada kadar USD499 sebulan akan ditawarkan.

Perihal 1X
1X ialah syarikat AI dan robotik terkemuka yang berpangkalan di Amerika Syarikat, khusus dalam pembangunan NEO–robot rumah generasi baharu. Misi 1X adalah untuk membentuk masa depan yang makmur melalui pembangunan humanoid yang selamat dan pintar.

Hubungan Media:
Kendall Pennington
Ketua Komunikasi, 1X
E-mel: press@1x.tech

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/fe3770cd-6f5f-4bbc-a0ff-31e6d46e04ec


Legal Disclaimer:

EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.

Share us

on your social networks:
AGPs

Get the latest news on this topic.

SIGN UP FOR FREE TODAY

No Thanks

By signing to this email alert, you
agree to our Terms & Conditions